Tuesday, March 6, 2012

RaJA & 4 oRg IstEriNyA Part 2

sambungan.
ok sape yang belum baca part 1 bole klik link ni part 1 ...

Lalu bertanyalah raja kepada isteri ke-4nya.
"aku paling mencintaimu, aku sudah beri semua apa yang kau mahu, sekiranya aku sudah sakit, adakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?"
"Tak mungkin!" balas isteri yang ke-4 itu. Dia pun pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Jawapan itu sgt menggores perasaan raja yang sakit itu. Raja yang sedih itu kemudian berkata kepada isterinya yang ke-3nya..
"Aku sgt memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mahu mengikutiku dan selalu  bersamaku?"
"Tidak! jawab si isteri" "Hidup ini begitu indah! Jika kau mati, aku akan mencari lelaki lain untuk aku kahwini."
Raja makin kecewa. Dia kemudian berpaling pada isteri keduanya. Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri ke-2nya...
"Selama ini, bila aku sangat memerlukanmu, kamu sentiasa ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus berada di sampingku"
"Maafkan aku, aku x boleh menemani kau,kecuali sehingga ke kuburmu sahaja."
Jawapan tersebut sangat menghancurkan perasaan raja dan dia berpaling pula kepada isteri pertamanya walau dia tahu isteri pertamanya itu pasti akan bertindak seperti isteri-isterinya yang lain. Namun dia sebenarnya salah tanggapan. Sebelum sempat dia bertanya, isteri pertamanya sudah menjawab.
"Aku akan tetap bersamamu walau kemana kau pergi, aku sanggup lakukan apa sahaja demi kau, wahai suamiku yang tercinta"

ingin tahu kesudahannya.. baca part 3

No comments: