Thursday, March 22, 2012

~HaPPy BoRnDay To U~

Selamat hari lahir Sis..
kek ni x terbang jauh2 pon.. kek ni mmg dtg dr tg malim..


terharu x.. ~lalalala~
ni je lah yang mampu bg..
nk tulis berfeeling2. t org ckp over lak..
dtg jauh dr ganu ni...
nk sambut besday akak..
law igt flashback balik memori2 yg penah kita maen same2..
cam x caye sampai tahap ni..
org laen selalu tgk kita rpt kn...
tp law x salah hari2 mesti ad je yg nk gduh...
dan semua 2 berpunca dr sy..
thanks sebab mampu b'tahan...
mungkin pas ni xtaw bila lagi sy dpat smbut besday akak..
juz want to give happy memory to remember together..

ermmm....
pas ni hanya mampu berserah pada takdir..
law ad jodoh kita jumpe lagi..
kenduri kawen jgn lupa jemput..
x sabar nk merasa bakal abg ipar..
da lame x merasa ni..

saya harap semoga kehidupan akak sentiasa mekar berbahagia..
tp law kdg2 kebahagian 2 smkin berkurang..
igtlah 2 semua part of life...
dan kebahagian akak juga adalah kebahagian saya...
dan ingatlah... ingatan saya terhadap akak tidak akan pernah berkurang melainkan ajal saje yang menjemput saya...
juz wanna to say..
that i really2 love you.. 

sebelum saya tamatkan penulisan karangan ilmiah ni...
akak dgr lah..  lagu ni saya pinjam kat youtube je.. heeeee







Tuesday, March 6, 2012

RaJA & 4 oRg IstEriNyA Part 3

bahagian terakhir.. 
link dibawah adalah kisah pertama dan kedua
part 1
part 2

sebenarnya kisahnya dah abes.. sampai kat situ je.. cuma ada maksud tersirat dalam cerita tersebut. sebenarnya realiti kehidupan kita ini mempunyai 4 org isteri

isteri ke-4=
"Adalah tubuh badan kita. kita sayang sangat dekat dia, kita beri pakai baju yang cantik-cantik, bagi makan yang sedap-sedap tapi dia tetap akan meninggalkan dunia ni"

isteri ke-3=
"adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. selepas kita meninggal, semua itu akan tinggalkan kita dan semua itu akan menjadi hak milik orang lain.."

isteri ke-2=
"keluarga, saudara-mara, kawan-kawan kita. tak kisahlah betapa kita sayangkan mereka, kita menghabiskan masa dengan mereka berapa lama sekalipun, mereka tetap tak boleh ikut kita ke kubur. kecuali satu saja. doa dari anak-anak yang soleh"

isteri pertama=
"adalah roh, jiwa dan iman kita. dia yang akan ikut kita ke mana kita pergi walau sibuk dalam mengejar kepuasan nafsu"

sekian, terima kasih..


RaJA & 4 oRg IstEriNyA Part 2

sambungan.
ok sape yang belum baca part 1 bole klik link ni part 1 ...

Lalu bertanyalah raja kepada isteri ke-4nya.
"aku paling mencintaimu, aku sudah beri semua apa yang kau mahu, sekiranya aku sudah sakit, adakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?"
"Tak mungkin!" balas isteri yang ke-4 itu. Dia pun pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Jawapan itu sgt menggores perasaan raja yang sakit itu. Raja yang sedih itu kemudian berkata kepada isterinya yang ke-3nya..
"Aku sgt memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mahu mengikutiku dan selalu  bersamaku?"
"Tidak! jawab si isteri" "Hidup ini begitu indah! Jika kau mati, aku akan mencari lelaki lain untuk aku kahwini."
Raja makin kecewa. Dia kemudian berpaling pada isteri keduanya. Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri ke-2nya...
"Selama ini, bila aku sangat memerlukanmu, kamu sentiasa ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus berada di sampingku"
"Maafkan aku, aku x boleh menemani kau,kecuali sehingga ke kuburmu sahaja."
Jawapan tersebut sangat menghancurkan perasaan raja dan dia berpaling pula kepada isteri pertamanya walau dia tahu isteri pertamanya itu pasti akan bertindak seperti isteri-isterinya yang lain. Namun dia sebenarnya salah tanggapan. Sebelum sempat dia bertanya, isteri pertamanya sudah menjawab.
"Aku akan tetap bersamamu walau kemana kau pergi, aku sanggup lakukan apa sahaja demi kau, wahai suamiku yang tercinta"

ingin tahu kesudahannya.. baca part 3

RaJA & 4 oRg IstEriNyA Part 1

Ini hanya sekadar perkongsian.. aku terbaca kisah ni dalam novel yang aku tgh baca skrg. "Dari Milan ke Maran" karya Norhayati Berahim. Hari ni aku satu hari x tentu arah.. dengan panasnya... x dpt tgk tv.. sebab 1 hari xde elektrik.. dari kul 9 hingga kul 6..
sedang aku bace novel 2.. ada satu kisah menarik kat dalam 2.. so aku igt nk share sikit kat sini.. tp aku ade ubah sikit2 lah ayat2 dia, xde lah aku tiru sebijik-sebijik.. tapi maksud dia hampir sama.. mungkin ada yang dah pernah dengar kisah ni.. tapi law nk bace sekali agy pe salahnya..
ini kisahnya...


Dahulukala ada seorang raja yang mempunyai 4 org isteri. Raja ini sangat cintakan isteri ke-4, sudah pasti law dah syg, macam2 isteri ke-4 dapat. Menjadi kebiasaan isteri keempat adalah yang paling muda dan paling disayangi.
Tapi dalam masa yang sama, dia sangat memuja isteri ke-3. Selalunya isteri ke-3 ini dibawa kemana-mana sahaja. Bahkan dia sgt takut sekiranya yang ke-3 akan meninggalkan dia.
Raja ini juga menyayangi isteri yang ke-2, kerana isterinya yang setia ini merupakan tempat dia mencurahkan segala masalahnya. Isteri ke-2 ini ramah, ambil berat dan sabar terhadapnya.
Isteri pertama raja adalah pasangan yg sgt setia, dia menjaga maruah raja serta kerajaannya dan memelihara kekayaan raja. Tapi biasalah isteri yang pertama selalu diketepikan sehingga pada suatu hari raja jatuh sakit.

ikuti sambungannya part 2