Tuesday, February 14, 2012

~Bila SuAtu MaSa~

sudah lama terlalu lama blog ini ditinggalkan..
pemiliknya sentiasa mengintai-intai saban hari saban waktu..
tapi masih tiada ungkapan atau kata-kata yang perlu dapat dicurahkan..
kadang-kadang terlalu banyak penuh sarat yang selalu bermain berlegar-legar di dalam pemikiran si pemilik itu,
cuma curahan tersebut bukanlah dalam bentuk tulisan tetapi dalam bentuk perwatakan,
berlakunya pemberontakan dalam senyap tanpa disedari oleh si pemilik tersebut..
mungkin ingin dibiarkan ia berlalu seperti air yang mengalir..
menjadikannya ia sebagai satu perjalanan hidup si pemilik itu sendiri..

manusia mempunyai satu keadaban yang kadang-kadang tidak dapat diterjermahkan melalui mata kasar itu sendiri..
tetapi mudah mempercayai dengan menggunakan mata hati...
mata hati tidak selalu menipu tapi selalu disalahgunakan..
kerana terpaksa menempuh perjalanan yang kadang-kadang dirasakan tidak patut berada di jalan itu..
syahdunya alam berputar mengikut acuan yang telah ditetapkan..
berlaku segala macam yang diluar jangka akal manusia itu sendiri..
di sebalik tabir itu juga manusia selalu bermain dengan teka-teki..
yang kadang-kadang tanpa sedar teka-teki itu sendiri telah mempermainkan diri manusia itu sendiri...

perilaku watak jangan dilihat dari segi rupa, gaya, tulisan...
jangan mengambil mudah..
tapi jangan pula mudah tertipu...
|
|
|
|
V
jangan dipengaruhi mata akal dalam membuat sesuatu keputusan..
tapi selalulah berdamping dengan mata hati..
mata akal dan mata hati merupakan satu kunci..
selebihnya berserahlah...

JANGAN PERCAYA DENGAN MATA KASAR ANDA


No comments: