Diceritakan seorang suami yang berusaha untuk menyediakan tahap kehidupan yang baik untuk keluarganya bercakap mesra dengan isterinya pada suatu petang.
Suami : "saya bercita-cita untuk menulis buku yang banyak agar nantinya anak-anak kita akan mendapat royalit jika umur saya tidak panjang."
Isteri : "Amboi, tak kan ingat anak-anak sahaja, yang saya ni nak makan apa?"
Suami : "Kalau aku mati, engkau juga akan mati, kan dulu engkau kata engkau nak mati sama jika aku mati."
Isteri : "Abang ungkit isi surat cinta saya dulu ke? Abang pula macam mana? Kalau saya mati sanggup ke abang mati bersama saya?"
Suami : "Eh... kalau aku mati sama, siapa nak jadi imam untuk sembahyang jenazah engkau, kan aku imam kampung ini!"
iktibar : Hal-hal mati tak perlu duk berjanji. Tarikh mati dan tarikh lahir semua manusia semuanya dalam ketetapan Allah Subhanahu wa Ta 'ala
p/s ini adalah cerita yang terdapat di dalam sebuah buku yang aku beli. so ni juz aku nak kongsikan kisah-kisah menarik yang terdapat dalam buku itu, harap semua enjoy membaca ye...
No comments:
Post a Comment