Wednesday, February 10, 2010

BaTANG kALi + PrOton CiTy tOuR & KL tyMe...

SeLAmat Menbaca rakan-rakan ku sekalian..lame aku menunggu untuk mengpost entry kali ini..entry terlewat post kerana kebusyian aku ngn esemen yang perlu aku siapkan dan test yang aku perlu aku hadapi....batang kali+ proton city tour and kl tyme sebenarnya dah lama berlalu, 1 minggu lebih sudah, iaitu pada 30 jan (batang kali +protn city) dan 31 jan (KL tyMe)..2 hari bertutut kami kuar g jalan2.hisy hisy hisy, dah lah ary isnin jadual kuliah pack giler, semangat pnyer pasal, we x kisah..betul x kawan2....skrg 10/1 baru nak post..nak buat macam mane, sekarang baru aku free, setelah esemen fasa pertama telah siap...lepas cuti menunggu lagi...tu biar dulu...tension pas cuti pula ye..hehehehe

geng pengembaraan upinah dan ipinah ke batang kali:
jwtankuasa:
1-aisyah (ketua)
2-dayah (p.ketua)
3- sue(s/u)
4-naim (p. s/u)
5- aku( bendahari memerangkap pemandu)
6-sayha (ajk kslmatn)
7-yeh (pemerhati)

ni road tour or 1st day kami ke BATANG KALI untuk menyiapkan esemen, lawatan industri...puas cari tempat yng sesuai.. akhirnya tempat yang paling dekat yang kami jumpa ialah di batang kali, GENTING PERMAI RESOURCE. kilang yang ternak cendawan..banyak halangan dalam perjalanan menyelesaikan esemen ini, tp alhamdulillah akhirnya siap juga akhirnya.. kami membuat rombongan ke sana dengan 2 buah kereta kanci, seorang pemandu di export dari luar dan sorang lagi mestilah AKU. 1ST time bawa kereta semenjak aku berada di upsi ni. kat rumah lain cerita, bes x terkata..sampai kereta terstop sekejap di tengah jalan, nasib bek tym kereta aku 'mampus' di tengah jalan, xde kereta kat belakang aku, law tak mmg dah panik lah aku..wawawawa.. di sedikit gambar aku dan kawan2 aku pergi ke kilang cendawan tu, ini adalah di antaranya.

ni lah model yang tidak terlati, sesiapa yang ingin meniru, diharap batalkan niat anda itu..hahaha

yang papan kuning tu adalah sign board nak pergi ke kilang cendawan..pergh panas giler tym ni, maklumlah waktu tengahari, nape x panasnye...
selesai sudah tugasan yang kami lakukan

after that, melihat banyak lagi minyak kereta sewa yang belum habis, dengan inisiatif aku dan kawan-kawan aku, kami pun pergi lah kolej zaba sempena karnival terbuka kolej tersebut.. setelah puas bershopping dan berjalan di tengah panas, kami pon meninggalkan kolej zaba dan menuju ke proton city.. haha..bes siot..pergi dengan kawan2..memang best..byk aksi2 yang terkeluar semasa pergi kesana, tp gambar itu aku tidak uploadkan, kerana menjaga sensetiviti kawan2 aku..hahahaha, lawak2....
aku dan kawan2 memang berkelah ditepi tasik bukan macam berkelah ditepi tasik, mmg kami berada di tepi tasik(pe yg aku tulis ni, layan je lah)
ni diantara gambar2 yang kami ambil ketika berda di proton city..





gadis-gadis yang perasan mereka cantik..kononlah, hahaha..










kanak-kanak yang perasan dirinya cute, tap x cute pon...perasan je lebih itu..




termenung jauh mengingatkan masa depan...sape lah yang bertuah dapat aku ek..hahahasemuanya jadi perasan bila sampai di proton city yg sungguh indah..mmg cantik giler tempat tu...rugi bagi sesiapa yang belajar kat UPSI x mai cni... satu kerugian yang teramat..

2 gadis yang paling cun!!!HAHAHA, kawan2 yg lain jangan marah ye, nak buat camne mmg hakikat kami...ahahaha

2nd day, kami teruskan dengan road tour kami yang kedua ke KL,
geng pengembaraan upinah dan ipinah ke KL:
jwtnkuasa:
1-sue( ketua)
2-aisyah
3-dayah
4-naim
5- aku
6-sayha
7-yeh
tentetif perjalanan:-
8.00 pagi: berkumpul di bawah foyer blok 1(tempat tgk tv)
8.45 pagi: naik bas pergi ke kl
10.15 pagi: sampai puduraya
10.30 pagi: berada di time square..
seterusnya aku nak menulis..hahaha. 1st sampai kat t.s kmi cari makanan lah di tingkat paling atas sekali.. selapas abes makan, kami pon pergilah pergi men bowling....
bes..maklumlah semua x pandai men..gelak je kerjanya..tp tahniah diucapkan kepada aku dan kawan2 aku yang gempak itu kerana setiap orang bola masuk longkang...hahaha, macam2 gaya ada.. pas abes men, kami berpecah kepada 2 group, group utara dan group timur..
macam2 beli...aku beli henset beru, beg baru dan selipar baru, tu je...hehehe
kawan2 aku yang lain, bershopping sakan giler terutamanya aisyah lah kot..ish ish ish...
pukul 6ptg baru lah kami pulang..tp bas buat hal, terpakasa menunggu sampai kul 6.30 lebih baru dapat naik.. semuanya panas2 kerana bas x sampai2...
melepaskan kelegaan apabila dah naik bas, sejuk ade aircond...
ni aku tunjukkan sedikit gambar ketika main bowling...

aku tgh pikir strategi ni nak kalahkan kawan2 aku, tp aku ttp kalah, xleh nak lawan aisyah..dayah jgn cakap r...(konpem2 dye yng kalah,hahahaha)


yeh rasing kereta tu..tapi kalah, x sampai 2 minit maen hahahaha










kaki2 yang bermain bowling...










model2 bowling....



ahli2 geng pengembaraan upinah dan ipinah..
gambar di bawah:
gaya2 kawan2ku yang main bowling....hahaha


di sini aku selitkan gaya2 kawan aku yang main bowling...enjoylah korang ye...


aku ucapkan terima kasih bagi sue dan dayah, kerana aku amek gambar2 ni kat fb korang...
n kawan2 jgn marah ye dengan entry aku kali ini, law aku mengepost gambar2 yang korang ye...

friends 4eber......

Thursday, February 4, 2010

Bila Paderi Terpaksa buka RAHSIA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita
ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat...... seterusnya klik disini

aku tertarik ingin berkongsikan artikel ini kerana aku merasakan betapa besarnya keagungan Allah S.W.T..
bersama-samalah kita mengambil iktibar dari jalan penceritaan ini..