Sunday, August 8, 2010

MaLaM 3 OGoS




why for this entry i write "malam 3 Ogos" for the title...u all know why? some of you maybe know, because on that day have important event, which that day i have to handle protocol of that event. so exhausted..
cukup lh aku tulis bi, skrg bahasa ibunda ye..of coz lah majlis ni berlangsung pad 3e ogos hari tu,  dah title pn dah malam 3 ogos.
beklah aku nk cter sket sal program ni..ni program anjuran persatuan pengurusan fakulti pengurusan dan ekonomi(aku masih x paham kenpa mesti letak ekonomi, padahal program ekonomi dah berhenti pengambilannya) xpe lah itu bukan urusan aku. program ini dijalankan adalah kerana ingin mengenali junior2 yang baru masuk pada batch kali ini, dan pembubaran persatuan pengurusan..dan melantik ahli baru...
di bawah aku selitkan sedikit gambar yang diambil pada hari kejadian..

sebelum majlis bermula..mood masih elok agy..sempat lagi bergambar, maklumlah tetamu kehormat x sampai lagi, budak2 sem satu masih lagi dalam kesibukan untuk memasuki dewan, so ape lagi kita org pon snap2 lah,,hehehe

nampaknya aku dah penat...maklumlah, tensen sekejap disitu...

ketibaan tetamu jemputan, amat kelewatan kerana menunggu dif2 kehormat ini sampai..

beklah gambar di bawah pula ni adalah gambar persembahan pada malam tersebut..

silat malaysia, pernah mewakili wilayah persekutuan untuk sukma pada baru2 ini,,,,

koir yang dipersembahkan oleh budak2 semeter satu...

tarian cina yang dipersembakan oleh budak2 semester tujuh program ekonomi..

persembahan koir lagi..
dah abes sudah persembahan.,

inilah wajah2 pelajar semester satu pada malam tersebut, diaorg kena skema sedikit dimana terpaksa memakai baju cam budak sekolah..kesian mereka..

ucapan kerana dilantik semula sebagai jawatankuasa persatuan pengurusan, nervous pon ade jugak tym tu,,x taw lah nak bg komitmen sepenuhnya ataupun x..kerana menang tanpa bertanding..

ni lah orang2 yang menjayakan program pada malam tersebut....

kredit untuk:
1)ain- kerana aku amek gmbar ni kat mu pnyer FB...

itu sahajalah untuk kali ini....

                                               

Tuesday, August 3, 2010

KeNaPa BegiTu

aku x mintak, aku x larat, aku x suke
tolong buang jangan kutip lagi
biar sendiri jangan menyibuk
ada akal boleh pikir
susah senang lantak korang
bukan marah bukan suka
biar pergi jangan kembali
biar jatuh jangan dipegang
biar runsing jangan serabut
biar penat jangan letih
tolong kembali keadaan asal
jangan menghilang biarkan berlalu
usah dilayan jangan dibuat bodoh
usah difikir jangan diingat
jauh jauh jauh...........

maaf, coretan mengarut...
menjadi sewel sekejap.....

Friends Day!!!!!

akhirnya dah dapat aku nak update post terbaru aku, aku dan kawan2 ku yang diketuai oleh sue telah mengadakan satu pengembaraan yang tak dapat aku dan kawan2 aku lupakan...maklumlah pegi sama2 ngn kwan2 memg bes...x sangka masa cepat berlalu, skrg aku dah semester 5, cepat jew, baru jew rasa yang aku kenal kawan2 aku ni semalam, begitulah masa yang begitu mencemburui kami, x terasa betapa cepatnya masa berlalu...

baiklah aku akan bercerita ttg friends day kami ni,..
anggotanya: 
1) sue- pengerusi n bendahari (hilang sorang dah gelisah)
2) dayah, naim, n yeh- tukang masak terhandal (sandwich korang mmg bes..nak lagi boleh)
3) aisyah- kaki shopping (duit aku yang habes..hahahahha)
4) aku lah- setiausaha terhormat (dah hilang pangkat bendahari aku, dah amek kat sue dah...)

kami bertolak lam around 8.00 am, pukul 7.20 am semua dah menunggu di bawah blok..semangat katakan..x sabar ni nak pegi KL jalan2..mana lagi nak pegi, KLCC lah, kesian kat aisyah beria-ia nak pegi, demi hajt kawan aku sorang ni, kami pon decide lah nak pegi sana ( padahal org len pon x penah g jugak, kecuali pengerusi kita lah-maklumlah dah jadi cam pemandu pelancong kami dah, tunjuk jalan sana, jalan sini)

di atas bas, kami dialunkan dengan lagu hindustan, dah lupa dah judul lagu tu tajuk pe...layan sekejap aku..hehehehe

dah abes jalan2 kat KLCC, kami pun pegilah Berjaya Times Square, igtkan nak men bowling, oleh disebakan kesuntukan masa, kami batalkan sahaja, n then juz shoppinh sahaja di situ..hehehe, mmg lengoh, n bayk giler aku berborong,,, niat naim untuk membeli kasut juga tercapai, naim di suatu saat cam dah berputus asa, aku dah xde kasut, semuanya jual baju, mana kasut aku!!!!!!!!! kate naim...

pas tu seperti biasa, apabila sudah settle semuanya, kami pon pulanglah..dalam pukul 8.00pm, 12 jam kami berjalan-jalan, around 9.30 pm kami sampai di kolej harun aminurrashid...

keletihannya aku, balik mandi, solat terus tido....kawan2 aku yang lain ade yang x dapat tido tp bukan aku..

k lah, disini aku meng-upload sedikit gambar aku mengenjoykan diri aku kat KLCC,....

ni lah ahli-ahli pengembaraan pada kali ini, semuanya cantik, emm x nampaklah tulisan yang aku tulis tue, klik pada imej ye jika nak tengok pe yang aku tulis tu ye..
mmg x percaya, naim boleh ade perasaan ketika bergambar ini, terbukti naim bukan seperti yang kami sangkakan...
leklu....banyk agy gmbar ni, tgk lah habes lu..hehehhee

kesian kat naim...nape naim, terasa tersisih ke...janganlah cam tue, jgn sebak ye naim....
aisyah sangat bertahan pada kali ini, dia tahankan kentotnya yang xnak kuar2..hahhaha, aisyah jangan marah ye..ini hanyalah sekadar gurauan semata-mata sahaja..hehehe

semuanya berlagak cute ketika ini, termasuklah aku,,,hehehhe, cute x cute x?hehehehe, yeh aku harap mu banyk2 bersabar ye...

4 dara pinggitan yang menunggu untuk dipinang..opps silap, salah sorg tunggu untuk bertunang, n yang len tunggu masuk meminang...sabar itu separuh daripada iman...
exmodel yang x berjaya tym interview, interview pon x dipanggil, xpe lah, yang ni pon dah kira pro dah...bukan senang ni nak amek gambr cam supermodel ni....hehehehe
inilah bangunan yang menjadi kebanggaan anak-anak malaysia di persada dunia.....
ini sahajalah yang dapat aku ceritakan ttg pengembaraan aku pada hari ahad lepas, 01.08.2010..

kredit to-
1) yeh- bagi mengizinkan menggunakan hp untuk dijadikan sebagai kamera..xde kamera mu, xleh nak amek gmbr yang lawa2 ni, hp dak len pon ok gak, cuma x secantik cam hp mu, sue, jgn terasa ye...
2) dayah- kerana mengupload gmbr ni kat fb, so aku boleh update kat aku pnyr blog...
tq semua ye..
harap kenangan ini akn kite kenang sampai bila2 ye....

pergh....lame giler aku nak siapkan entry, tp hepy pnyer pasal bila tgk gmbr ni x terasa pape pon...
jalan2 ngn korang mmg bes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku x kan lupakan sampai bila2....

Monday, August 2, 2010

PuaSa RaYA

x
x
  sungguh luar biasa entry aku hari diri ini..
kenapa? hahahaha.
ye lah, puasa x agy, raya apatah lagi...s
seminggu lebih lagi nak menyambut puasa..
aku terasa x sabar..
kenapa?
tym puasa t aku dapat balik rumah, dan berpuasa seminggu dirumah..
jarang dapat aku puasa lama2 kat rumah semenjak aku belajar jauh2 dari family aku.
keinginan aku lebih tinggi daripada duk belajar disini.

apa yang aku tak harapkan time puasa ni:

  1. aku x nak tinggal solat tarawih
  2. aku x nak cakap benda2 yang buruk
  3. aku nak ceriakan diri aku
  4. nak jadi budak baik(selama ni aku tak jahat ke?)
  5. aku nak ayah aku sihat (kwn2 tolong doakan kesihatan ayah aku ye)
  6. apa2 yang dirasakan perlu( hanya  aku yang tahu)
apa yang aku tak harapkan time raya nanti:
  1. dapat sambut raya dengan family aku.
  2. apa2 yang dirasakan perlu( hanya aku yang tahu)
aku harap korang pon sama2 akan menghayati bulan puasa t..
lagipon dah x lama dah nak puasa ni kan
harap2 bulan puasa ni lebih bermakna dari bulan2 puasa yang lepas. sekian

ctatatn tambahan,
im waiting for:
  • my friends to upload picture at klcc..to update at my blog.

Thursday, July 29, 2010

HidUp MaTi BeRsAmA

Diceritakan seorang suami yang berusaha untuk menyediakan tahap kehidupan yang baik untuk keluarganya bercakap mesra dengan isterinya pada suatu petang.

Suami : "saya bercita-cita untuk menulis buku yang banyak agar nantinya anak-anak kita akan mendapat royalit jika umur saya tidak panjang."

Isteri : "Amboi, tak kan ingat anak-anak sahaja, yang saya ni nak makan apa?"

Suami : "Kalau aku mati, engkau juga akan mati, kan dulu engkau kata engkau nak mati sama jika aku mati."

Isteri : "Abang ungkit isi surat cinta saya dulu ke? Abang pula macam mana? Kalau saya mati sanggup ke abang mati bersama saya?"

Suami : "Eh... kalau aku mati sama, siapa nak jadi imam untuk sembahyang jenazah engkau, kan aku imam kampung ini!"

iktibar : Hal-hal mati tak perlu duk berjanji. Tarikh mati dan tarikh lahir semua manusia semuanya dalam ketetapan Allah Subhanahu wa Ta 'ala

p/s ini adalah cerita yang terdapat di dalam sebuah buku yang aku beli. so ni juz aku nak kongsikan kisah-kisah menarik yang terdapat dalam buku itu, harap semua enjoy membaca ye...

Monday, July 26, 2010

HouSemateKu

baik lah ini aku nak sentuh sal housmate ku pada semester ini
sebab dengan diaorang aku duduk bersama-sama sehingga habis semester ni
1st sekali aku nk gtaw sal roomate aku..
sapa lagi law bukan kawan aku si Sarni
memerangkap sebagai coursemate aku
sarni ni asalnya dari sabah..
beralih kepada housmateku yang lain,
yang boleh aku ringkaskan seramai 3 org berasal dr area selangor n kuala lumpur
2 orang dari kelantan
1 orang dari perak, sabah n terengganu (aku lah tu)
cukup lah seramai 8 orang satu rumah..
freshman ke freshwoman(confius) seramai 4 org, sophomore 2 org n aku n rumetku junior.
tiada senior di rumah aku
dikatakan housmate aku ok jugak semester ni macam semester2 lepas
aku harap
ikatan yang baru terjalin ni akan kekal sampai bila2..... 

Friday, July 23, 2010

KePalAku TeraSA SeSaK

Fuhh, Td ada meeting persatuan..
melihat daripada perancangan yang dibuat,
ku melihat begitu banyak aktiviti yang di rncgkan..
maknanya aku bertambah Bz lah aku semester ni...
argh!!!!!cme mengeluh..
aku ingat nak letak jawatan jew...
tp bila difikirkan balik, nanti xde org lop nk pegang persatuan ni..
(cam lah aku ni pangkat tinggi lam persatuan)
aku harap ramai lah permohonan yang nak jadi Ajk persatuan ni..
bolehlah aku nak bersara awal..
heeheheehe
tu satu hal...
hal yang len plop...
minggu membuat asignment telah tiba...
w/pon report ROS a.k.a rncgn orntasi sekolah
dah siap...
byk lagi asignment yang menunggu untuk disiapkan..
pergh mmg byk lah aku kena wat sem ni..
harap2 aku dapat tempuhinya..
Ya Alllah bantulah hamba mu yang lemah ni,...
bantu lah aku ketika berada dalam kesusahan ataupun kesenangan..
mudah2-an urusanku berjalan dengan lancar...

Wednesday, July 21, 2010

KeLas

hari ni aku ada satu kelas jew, kul 5-7 ptg.. kelas kul 10pg dibatalkan kerana kesibukan lec ku.. baru minggu 2 dah ada kelas yang terpaksa dibatalkan,,aku tidak menjangka begitu cepat sebegini. aku ingat kan berminggu-minggu lagi. tapi pape pon aku tetap hepy dengan keputusan lec aku itu..hhehehe...

baiklah hari ni ape yang aku nk buat ye..
oppsssss... laporan ROS aku belum siap agy.. ingt nak siapkan semalam api x siap2 agy..hehehhe,
suka aku wat las2 minit cam ni..aku nak hari ini laporan aku siap..dah xnk tangguh2 lagi...2 hari lagi nk kena anta.. alamak baruku perasan dah x lama dah nak kena hantar. hati aku masih lagi bersenang lenang..huhuhuhu

ok lah kawan2 aku chow dulu ye.. ni jew yang aku dapat kongsikan tuk ary ni.hehehhe
bye2 semua..

Tuesday, July 20, 2010

BuLaN tUjUh

ary ni 20.7.2010.. wah dah lame giler aku x update blog ni..byk menda yg terjadi kat diri aku dalm masa hampir 2 minggu aku come back to UPSI

byk xtvt yg aku terlepas tuk pst kat lam blog ni..maklumlah aku bukan lah serajin org len tuk mengupdate blog ni.
ni pon saje nak nak menaip..sekarang hampir kul 2pg n aku belum tido ady..pe yg aku wat..
ntah lah,..laporan Rancangan orientasi sekolah (ROS) belum siap agy..bila lah aku nk wat..ary jumaat dah nk kena anta..emm ape nk jadilah ngn aku ni.

nasib bek esok 1 ary aku xde kelas, insyaAllah aku boleh siapkan kot..bimbang x terbuat esok coz melayan cereti korea,,pergh skrg ni minat aku terhadap cer korea ni semakin bertambah..cmne lah aku nk kurangkan minat aku kat cer korea ni.tolong aku kwn2..korg skrg mesti dgr muzik latar kat my blog ni lagu korea kn..nk wat camne ni..ssgu ku minat..ni lagu kump super junior...no other..hehehhe..

emm,,, bek lah skrg pon dah lewat sgt dah ni,,ni saje aku nk menaip sikit2..bagi sesiapa yang membaca bllog aku ni. aku ucapkan bebanyak terima kasih ye..pape pon doakan kebahagian aku, n kesihatan ibu bapa ku ye...

Monday, May 17, 2010

~AkTiViTi Aku SeHarian Di RumAh~

apa aku wat kat rumah sekarang ni...
ape lagi tgk cter lah...
bila duk umah aku t pernah pikir sal nak belajar..
hilang stress aku bila x pikir sal hal belajar ni...
aku hepy sangat2..
itulah aku....
kat umah bes, tv aku yang concer, so aku boleh tgk cter yang bes2..
terutamanya cter korea kat astro..w/pon lambt beberapa episod, aku x kisah.
seb bek ade 2 tv kat umah aku, so xdelah aku berebut ngn mak ayah aku nak tgk tv..
ptg2 je aku xtaw nak wat ape..coz cter yang besa aku tgk tu tgh malam n pagi..ptg aku tgk ceter kul 6.30 je tu pon kat tv3, ceter adamaya, tp cter tu dah abe..mmg bes sgt2..cter yg terbaru ni x taw lah bes ke x..harap2 bes jugak..

selain tgk cter, aku jugak g jalan2, maklumlah dah ade lesen ni, jalan2 lah..besenya keje aku anta n amek anak sedara aku kat sekolah, tu ppon 2 minggu je sekali, maklumlah orang duk asrama, selain tu jadi driver tuk mak n ayah aku, tu pon law abg aku xdelah, law abg aku ade, bg abg aku lah..


nak tahu cter pe yang aku tgk

1) rehearsal of fate- certa yang mengisahkan ttg pertukaran bayi yang dilakukan masa kecil. sekarang mak kandung ingin menukar kembali anaknya yang ditukar masa kecil dulu, kerana dah sedar kesilapan yang dia lakukan. dia menukarkan anaknya dengan musuh dia..musuh dia besarkan anak dia, dia besarkan anak musuh dia..dia melakukan semua tu kerana anak yang dilahirkan tu merupakan anak kepada suami musuhnya.. dia sebenarnya ingin membunuh diri selepas menukarkan anaknya itu. cerita ini juga mengisahkan cinta tiga segi anak-anaknya juga..
banyak sangat konflik lam cter ni, so xleh nak cerita banyak sangat2..skrg pon dah beratus2 episod..tetapi aku suka cter tu..mmg bes dan menyentuh hati lah tgk cter tu..

2) becoming billionaire/the birth of the rich man- Lee Bo Young plays the heir to a chaebol group (Oh Seong) who has her eye firmly on the goal of taking over the company. However, she’s a bit different from other chaebol heirs, insisting on Dutch paying for meals, enjoying cheap vending machine coffee, and using cosmetic samples rather than buying them. Her father harbors the old-fashioned belief that women ought to stay at home and keep house; she throws herself into work to prove him wrong. She meets Ji Hyun Woo, a man who believes himself to be a chaebol who was hidden away by his rich father in childhood. The drama follows the two as they fall for each other and the fake chaebol becomes a real one... sekarang dah episod yang ke 11 pada malam ni..sebenarnya dah banyak epsod dah, tapi kat astro lambat sket.

3) cinderella' sister-modern day adaptation of Cinderella with a twist as our Cinderella, Goo Hyo Sun, plots revenge against her evil stepsister , Eun Jo for years of pain and suffering.She has neither aspiration nor emotion and her smile is sarcastic. Eun Jo is a girl who has apathy toward life. Her mother, who has been living as a single mother for 18 years, finally found the right person to marry and brought Eun Jo into the stepfather’s house. A decent house and a decent family…. Eun Jo feels that everything in this house does not fit for her. The most unbearable thing she faces is the stepsister Hyo Sun, who is the apple of her father’s eyes and beloved by everyone in the house. Hyo Sun also takes away the mind of Eun Jo’s mother, just like her bright and untainted character attracted all the other people. Eun Jo cannot tolerate this situation, since she lost the only one that she completely owned. cter ni pon agak bes.. penuh dengan dramatik2. cter ni len dari yang len yang pernah aku tgk cetr korea.. tp still ade lagi sal cintan-cintun tu..

tu lah keje aku kat umah.. jarang aku tgk tv petang2 so aku on9 lah kat kg aku, tp bukan kat umah lah, tp kat cc yg berhampiran ngn umah aku, xyah byr free je, bila2 masa aku leh g, xde lah jauh sgt, nek moto x sampai pon 5 minit..agak dekat so xde masalah nk g bila2 pon..
ptg2 je lh kije aku on9. malam jarang2, law kak aku balik , aku on9 kat umah je..senang, gne BB je.

sori lah lama dah aku x post entry terbaru kat blog aku ni.ntahlah ni pon seb bek mari keinginan untuk menaip ni..senaman tangan katakan..hehehehehe..
tu jelah yang dapat aku tulis lam n3 kali ni....
k lah aku dah nak chow, bye2 semua, n selamat bercuti..hrpy holiday..

Thursday, April 15, 2010

~SKRIN LAPTOPKU BERWARNA-WARNI~

Assalamualaikum n salam sejahtera n selamat pagi..
nampak tajuk di atas...
ye laptopku skrin berwarna warni sejak semalam..
knp?????????
aku pon xtahu...
selepas puas sreenku dancing colourful di depan aku, then dia bertukar menjadi 1 garis lurus yg pnjg di depan aku..
OMG....
aku x taw nak wat ape skrg ni...
dah lah dah nak start exam, law aku anta ke hospital, sempatkah babyku ni sembuh...
tp setakat ni babyku ini boleh digunakan lagi..
xpe baby, dengan khudrat baby yg semangat tuk terus hidup, mesti baby masih boleh digunakan lagi..
law x camne aku boleh post en3 sal ni law bukan menggunakan baby kesygan ku ini...
hehehe..
asal boleh guna x jadi masalah..
tym mula2 kena aku agak berdebar..
maklumlah 1st time babyku meragam kesakitan..
sebelum ni ok je...sihat walafiat..
semalam tetiba je...
xpe baby, baby kuat kan...
baby boleh hidup lame lagi kan..
syg baby...

sekarang kita beralih ke cerita lain ye...
oh tidak..
exam ku dah dekat..
tinggal beberapa hari lagi aku ken apergi berperang untuk menghabiskan sem ni...
kenpa macam xde mood nak stdy hah..
asyik bukak tenet je, pas tu men facebook pas tu men farmville..
hish hish hish..bain bain
xde kesedaran lagi ke ni...
kawan2 semua dah pulun stdy..
ko bila lagi bain...
xpe xpe aku ckp...
stdy mesti rilek2 jgn gaduh2...
hahahaha(saje nk sedpkan hati aku sebenarnya)

beginilah aku smsa saat2 menghampiri exam...
ape yg aku stdy, ntahlah,..
janji bace buku, tahu jugak pe yg aku nk jawab tym exam nanti kan..
law x jgn lah aku anta kertas kosong kat lecterur aku t...
xde lh bg keje senang kat dye tanda kertas aku..
bagi kertas kosong, markah pon senang nk bagi, x yah pk byk2..
hish xboleh...
aku nk peningkan lecterur yg tanda kertas aku..
mane tahu kot2 dapat markah tinggi.
huahuahuahua(gelak jahat).
ok lah setakat ni je yg mampu aku tulis..
len kali aku sambung lagi...

p/s ~kawan2 doakan aku dpt jwb exam ye..
mudah2an aku dpt jwb semuanya
doakan juga semoga aku berjaya
dunia n akhirat ye....................



Friday, April 9, 2010

~mengupdate blog~


dah lame agaknya aku x mengupdate blog aku ni...terasa malas untuk update, skrg baru timbul keinginan untuk mengupdate kan blog aku ni..
emmm....
pe yang aku nk tulis ary ni ek..
ary ni(jumaat 9/4/10) aku not feeling well..
knp????
aku pon x taw lah nape...sejak semalam..
maybe kena hujan kot...
ntahlah nape....

ni nak cerita sket, semalam aku terlibat secara langsung dalam persatuan pengurusan menganjurkan program untuk semua ahli fakulti aku, iaitu "MALAM ASPIRASI GEMILANG".
penat+ seronok...
tu yg aku boleh gambarkannya..

penat~kerana selama sebulan lebih or hampir 2 bulan kami ajk dan MT tertinggi persatuan pengurusan bertungkus lumus untuk menjayakan malam tersebut..
Akhirnya alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
law terdapat kelmahan dalam majlis tersebut aku mewakili persatuan ingin memohon beribu kemaafan... banyak dugaaan yang aku n kawan2 aku dalam persatuan ni yang dihadapi dalam menjayakan majlis tersebut, banyak je halangan yang terpaksa kami tempuhi, bg sesiapa yang berada d tempat kami, tahulah betapa susahnya untuk menyempurnakan majlis ni, bg pihak pengkritik yg mengkritik anjuran kami, kami akan ambil sebagai satu cabaran..ingat senang ke nak buat ni, letih sangat.. huhuhuhu,sampai aku pnyer badan terasa tidak sihat..sakit tekak, selsema semua dah ade.. dugaan... sepatutnya majlis malam tersebut mmg gempak, kerana byk sgt halangan terpaksa kegempakan itu dikurangkan..
bg sesiapa yg x berpuas aty tu, minta maaf byk2...sori kerana x seperti yang korang jangkakan...
tp Alhamdulillah majlis semalam berjalan dengan lancar..
motif utama malam ni adalah untuk meraikan budak2 semester 7, dismping juga meraikan budak2 yang mendapat senarai dekan dalam semester lepas, banyak aktiviti yang dijalankan, antaranya persembahan pelajar dan cabutan bertuah.persembahan dilakukan oleh wakil setiap sem iaitu, semester 6, sem 4 dan sem2.. semua kena hantar wakil.. semua bagi komitmen yang tinggi, Alhamdulillah... selain tu juga terdapat juga anugerah-anugerah khas yg diberikan kepada budak semester tujuh dan semester-semester len..besalah budak semester 7 dah nk tinggalkan upsi ni, kenalah meraikan diorang kan..hehehe. tahniah bagi sesiapa yng mendapat anugerah tersebut..
x lupa juga kat kawan aku yg mendapat anugerah tersebut bg sem 4, jue, tahniah jue..
lagi anugerah king n queen, penat aku mencari mane yg sesuai tuk dijadikan king n queen pada malam tersebut... tahniah lah ye sape yg mendapat title tersebut...

seronok~ mmg seronok kerana dengan khdiran kawan2 aku ke majlis malam tersebut..
hepi, semua kawan2 aku melaram bgai nak rak...maklumlah tema tuk majlis malam tu adalah arabian night, abes semua nak jadi minah arab...hahahaha..
bukan men lagi kawan2 aku bergambar, bukan senang nak melaram cam ni, tym ni jelah kan..
bes sgt, sampai x terasa penat bersama ngn kawan aku, tahniah korang, korang memang bes...
ni aku nak tunjukkan beberapa gambar yang di ambil oleh kwan2 aku pada malam tersebut...
melaram abes ye korang..
jom kita saksikan...............



ni lah bakal2 cikgu akaun..


lia, dayang, asnie, afni n jue


post gedik jap..


kami betiga....


terkecik plop gambr ni.. sue n dyah..


aisyah, naim, sue n dyah


mereka bertiga....



cewah naim....tahniah naim..cumel..
heheheh

2 sajelah yg dapat aku uploadkan gambar2 pada malam tersebut..
disebakan dah nk hujan, aku stop smpai disini..
jmpa lagi len kali ye..

Thursday, March 4, 2010

~HARI KEUSAHAWANAN~

Selamat bersua kembali, aku aada cerita pada entry yang lepas aku akan terlibat dengan minggu usahawan yang dijalankan pada minggu depan..so, inilah bannernya yang digunakan untuk mempromosikan minggu tersebut, aku rasa pelajar upsi memang dah pernah nampak banner ni kan?? yelah, terpampang kat pintu masuk timur, kalau tak nampak lagi tak tahu lah.



banner kat bawah ni nampak menarik sedikit. jomlah datang beramai-ramai ke pesta jualan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek budaya keusahawan ppu 2052.. macam-macam jenis jualan ada, tapi aku tak tahu lah semuanya, yang aku tahu of course lah aku punya gerai, aku dan ahli group aku menjual
1-nasi kerabu abe we
2- nasi lemak koboi
3-kek
4-air untuk hilangkan dahaga
5- insyaAllah perkhidmatan main game..
so datang lah beramai-ramai ke gerai aku dan juga kawan-kawan aku yang lain, banyak jualan dan aktiviti menarik yang terdapat sempena pesta jualan tersebut.


moh lah kiter pakat ramai-ramai datang ye!!!!!!!!!!!!!!