Showing posts with label pedoman hidup. Show all posts
Showing posts with label pedoman hidup. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

~KiSaH JaDi StuDeNt!!!!~

nk update ape untuk ary ni.. nape aku rajin sgt mengupdate ni.. hahaha..
aku rase entry aku yg sblom ni ntah pape je.... x menarik langung.. mybe sebab xde gmbr kot...
hohohoho.... malas lah aku nk upload gmbr kat blog ni... lagi satu xde gmbr menarik nk di uploadkan...
sape2 leh bg idea aku nk update ape ary ni.. erm...

ok kisah aku jadi student(bukan guru praktikal k)

dulu aku bukan budak pandai..
cikgu x labelkan aku budak pandai...
n aku x kesah pon cikgu x labelkan aku budak pandai..
aku seorang yg suke tido lam kelas...
(sampai universiti pon aku suke tido lam kuliah)
PAI, SEJ, 2 subjek ni lah subjek kegemaranku tuk tido...
aku jugak jrg siapkan keje sekolah (kecuali subjek yg aku minat)
selalu tiru homework kwn(keje last minit).
2 pon pagi2 sblom 1st period...
prinsip aku dulu, xpe janji siap..
tp w/pon meniru, aku pahamkan pe yg aku tiru..
aku x suke subjek BI...
tym BI aku rase nk cabut lari je dr kelas 2..
tp aku bukan seorang peljar yg suke ponteng...
aku ttp ade lam kelas, blajar sampai abes waktu, w/pon aku x suke..
aku ttp hormat guru..(x ponteng... dgr ckp)
aku pernah fail subjek geografi mase aku ting 2..
paling rendah lam kelas..
tp aku x putus asa
ting 3 aku stdy betul2..
minta kwn2 ajarkan..
tq tuk syarifah monalisa n kwn2.. kamu telah menjayakan aku untuk mendapat A geografi dalam PMR
bila tahun yg ade EXAM BESAR...aku jadi budak rajin..(rajinlah sgt)
1 2 bulan sblom nk EXAM, aku da x maen2.. selalu bukak buku, stdy.. jwb soklan2 pas year..
cg xde lam clas, stdy (tp menyembang ngn mbr ttp ade-yg ni wajib ade) hehehehe :)
fokus dalam kelas...(yg ni penting law nk berjaya)


mmg betul.. law fokus, dekat meja peperiksaan, bole tergiang2 pe yg cikgu ajar..
kadg2 lam kelas aku suke bertanye atau gtaw cikgu aku xpaham, jd cikgu ulang balik..
sampai lah aku berjaya skrg ni.. semua ni sebab cikgu..
tanpa cikgu.. aku x jadi camni skrg ni...
terima kasih cikgu.... semoga Allah dpt membalas jasa cikgu..




skrg aku jadi cikgu...
tp zaman skrg sgt mencabar...
student zaman aku, x same cam skrg...
ya Allah kuatkan lah semangat aku...
ya Allah permudahkanlah penyampaian ku...
ya Allah bentukkanlah keperibadian yg mulia bakal anak didikku nanti...

Monday, January 4, 2010

RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA



Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.

Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.


Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya

1-Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
2-Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3-Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
4-Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5-Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6-Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
7-Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
8-Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
9-Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
10-Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11-Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
12-Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13-Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau
sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya
penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

*maklumat ni aku terjumpa kat website darulnuman..
sekadar penkongsian....