Tuesday, March 2, 2010

minggu 9

ape istimewa minggu ni?? xde pape pon..
saje je nak wat tajuk cam tu..
minggu depan minggu 10, salah 1 xtvt yg aku kena wat ialah PESTA JUALAN..
so aku nak cerita sedikit ape yg aku akan jual kat pesta jualan nanti,
1- aku n ahli group aku akan menjual nasi kerabu "abe we"
2- nasik lemai kaboi.
3- air minuman (air sirap limau)
4- perkhidmatan game..sape berminat nak hilangkan tensen, bolehlah dtg kat gerai kami ye..
promot serba sedikit..
hehehe...
bagi pelajar upsi tu meh lah dtang ye, pesta ni bertempat kat parking belakang auditorium (9-11 mac) 3 ary berturut-turut..
sape yg x sempat nak beli nasi kerabu abe we, bolehlah datg kat gerai kami...sempat lagi nak promot ni...

esemen byk lagi, tp 2 lah dugaan namenya student, nak x nak kena lah tempuhinya..
nanti sp gak, cume perjalanan nak lalui tu lah yg byk liku-likinya..
xpe bain byk bersabr... Allah sentiasa ada..
camne lah keadaan minggu tu...
harap2 dapat berjalan dengan lancarlah hendaknya..
hehehe
las sekali sebelum aku akhiri entry kali ni...
selamat malam...

*jgn lupa datang kat gerai aku ye minggu depan 9-11 mac parking belakang auditorium...

Wednesday, February 10, 2010

BaTANG kALi + PrOton CiTy tOuR & KL tyMe...

SeLAmat Menbaca rakan-rakan ku sekalian..lame aku menunggu untuk mengpost entry kali ini..entry terlewat post kerana kebusyian aku ngn esemen yang perlu aku siapkan dan test yang aku perlu aku hadapi....batang kali+ proton city tour and kl tyme sebenarnya dah lama berlalu, 1 minggu lebih sudah, iaitu pada 30 jan (batang kali +protn city) dan 31 jan (KL tyMe)..2 hari bertutut kami kuar g jalan2.hisy hisy hisy, dah lah ary isnin jadual kuliah pack giler, semangat pnyer pasal, we x kisah..betul x kawan2....skrg 10/1 baru nak post..nak buat macam mane, sekarang baru aku free, setelah esemen fasa pertama telah siap...lepas cuti menunggu lagi...tu biar dulu...tension pas cuti pula ye..hehehehe

geng pengembaraan upinah dan ipinah ke batang kali:
jwtankuasa:
1-aisyah (ketua)
2-dayah (p.ketua)
3- sue(s/u)
4-naim (p. s/u)
5- aku( bendahari memerangkap pemandu)
6-sayha (ajk kslmatn)
7-yeh (pemerhati)

ni road tour or 1st day kami ke BATANG KALI untuk menyiapkan esemen, lawatan industri...puas cari tempat yng sesuai.. akhirnya tempat yang paling dekat yang kami jumpa ialah di batang kali, GENTING PERMAI RESOURCE. kilang yang ternak cendawan..banyak halangan dalam perjalanan menyelesaikan esemen ini, tp alhamdulillah akhirnya siap juga akhirnya.. kami membuat rombongan ke sana dengan 2 buah kereta kanci, seorang pemandu di export dari luar dan sorang lagi mestilah AKU. 1ST time bawa kereta semenjak aku berada di upsi ni. kat rumah lain cerita, bes x terkata..sampai kereta terstop sekejap di tengah jalan, nasib bek tym kereta aku 'mampus' di tengah jalan, xde kereta kat belakang aku, law tak mmg dah panik lah aku..wawawawa.. di sedikit gambar aku dan kawan2 aku pergi ke kilang cendawan tu, ini adalah di antaranya.

ni lah model yang tidak terlati, sesiapa yang ingin meniru, diharap batalkan niat anda itu..hahaha

yang papan kuning tu adalah sign board nak pergi ke kilang cendawan..pergh panas giler tym ni, maklumlah waktu tengahari, nape x panasnye...
selesai sudah tugasan yang kami lakukan

after that, melihat banyak lagi minyak kereta sewa yang belum habis, dengan inisiatif aku dan kawan-kawan aku, kami pun pergi lah kolej zaba sempena karnival terbuka kolej tersebut.. setelah puas bershopping dan berjalan di tengah panas, kami pon meninggalkan kolej zaba dan menuju ke proton city.. haha..bes siot..pergi dengan kawan2..memang best..byk aksi2 yang terkeluar semasa pergi kesana, tp gambar itu aku tidak uploadkan, kerana menjaga sensetiviti kawan2 aku..hahahaha, lawak2....
aku dan kawan2 memang berkelah ditepi tasik bukan macam berkelah ditepi tasik, mmg kami berada di tepi tasik(pe yg aku tulis ni, layan je lah)
ni diantara gambar2 yang kami ambil ketika berda di proton city..





gadis-gadis yang perasan mereka cantik..kononlah, hahaha..










kanak-kanak yang perasan dirinya cute, tap x cute pon...perasan je lebih itu..




termenung jauh mengingatkan masa depan...sape lah yang bertuah dapat aku ek..hahahasemuanya jadi perasan bila sampai di proton city yg sungguh indah..mmg cantik giler tempat tu...rugi bagi sesiapa yang belajar kat UPSI x mai cni... satu kerugian yang teramat..

2 gadis yang paling cun!!!HAHAHA, kawan2 yg lain jangan marah ye, nak buat camne mmg hakikat kami...ahahaha

2nd day, kami teruskan dengan road tour kami yang kedua ke KL,
geng pengembaraan upinah dan ipinah ke KL:
jwtnkuasa:
1-sue( ketua)
2-aisyah
3-dayah
4-naim
5- aku
6-sayha
7-yeh
tentetif perjalanan:-
8.00 pagi: berkumpul di bawah foyer blok 1(tempat tgk tv)
8.45 pagi: naik bas pergi ke kl
10.15 pagi: sampai puduraya
10.30 pagi: berada di time square..
seterusnya aku nak menulis..hahaha. 1st sampai kat t.s kmi cari makanan lah di tingkat paling atas sekali.. selapas abes makan, kami pon pergilah pergi men bowling....
bes..maklumlah semua x pandai men..gelak je kerjanya..tp tahniah diucapkan kepada aku dan kawan2 aku yang gempak itu kerana setiap orang bola masuk longkang...hahaha, macam2 gaya ada.. pas abes men, kami berpecah kepada 2 group, group utara dan group timur..
macam2 beli...aku beli henset beru, beg baru dan selipar baru, tu je...hehehe
kawan2 aku yang lain, bershopping sakan giler terutamanya aisyah lah kot..ish ish ish...
pukul 6ptg baru lah kami pulang..tp bas buat hal, terpakasa menunggu sampai kul 6.30 lebih baru dapat naik.. semuanya panas2 kerana bas x sampai2...
melepaskan kelegaan apabila dah naik bas, sejuk ade aircond...
ni aku tunjukkan sedikit gambar ketika main bowling...

aku tgh pikir strategi ni nak kalahkan kawan2 aku, tp aku ttp kalah, xleh nak lawan aisyah..dayah jgn cakap r...(konpem2 dye yng kalah,hahahaha)


yeh rasing kereta tu..tapi kalah, x sampai 2 minit maen hahahaha










kaki2 yang bermain bowling...










model2 bowling....



ahli2 geng pengembaraan upinah dan ipinah..
gambar di bawah:
gaya2 kawan2ku yang main bowling....hahaha


di sini aku selitkan gaya2 kawan aku yang main bowling...enjoylah korang ye...


aku ucapkan terima kasih bagi sue dan dayah, kerana aku amek gambar2 ni kat fb korang...
n kawan2 jgn marah ye dengan entry aku kali ini, law aku mengepost gambar2 yang korang ye...

friends 4eber......

Thursday, February 4, 2010

Bila Paderi Terpaksa buka RAHSIA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah
masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita
ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat...... seterusnya klik disini

aku tertarik ingin berkongsikan artikel ini kerana aku merasakan betapa besarnya keagungan Allah S.W.T..
bersama-samalah kita mengambil iktibar dari jalan penceritaan ini..

Sunday, January 24, 2010

3 sekawan

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

sekadar hiburan..
sumber-http://lawakblog.blogspot.com/2010/01/3-sekawan.html

Sunday, January 17, 2010

hujung minggu

hari ini hari ahad...kebanyakan semua cuti kecuali siapa yang duk kat tempat tinggal aku kat terengganu.. kelantan pon juga..dan kedah tak lupa juga..pagi ini aku rajin untuk mengpost entry terbaru..
sebenarnya tak tahu pon nak tulis apa..saje, nak menghilangkan boring..esemen banyak lagi yang belum terbuat..
subjek yang paling mencabar esemen bagi aku ialah budaya keusahawanan, nak tahu apa yang aku kena buat, aku kena pergi melawat industri kecil sederhana untuk melihat operai IKS itu macam mana..pergh... agak pening untuk mencari, kerana ahli group aku masing-masing tak mempunyai link(orang dalam) bagi tempat yang berhampiran dengan kami.ada pon jauh-jauh lah..lagi satu esmen, pesta jualan, pesta ini mungkin akan berlangsung pada minggu 10..insyaAllah jika tak ada arang melintang..
satu subjek lagi yang aku rasa agak mencabar adalah audit...pergh.. tak tahan dengan sikap lecturer...macam-macam dia nak. nama pon lecterur audit..aku rasa sapa yang study kat uum mungkin kenal dengan lecterur tu, coz, dulu dia mengajar kat uum..apa-apa pon itulah dugaan..banyak juga info yang aku dapat dalam kelas dia pasal negara kita ni, yang banyak kroni-kroni kapatalisme..apa nak jadi lah dengan negara malaysia sekarang ni..banyak betul penipuan..harap-harap pemimpin akan datang dapat merubah corak kepimpinan negara malaysia..
satu lagi subjek yang aku rasa agak letih badan aku ialah taekwando, sekarang aku dah dapat yellow belt, siapa-siapa nak lawan meh lah..hehehe..agak letih dan sakit-sakit badan aku, sekarang pon rase sakit belakang.. semester ni coach lain yang ajar, semester lepas agak seronok berbanding semester ni..tapi asalkan badan aku sihat dari penyakit jangka panjang xpe lah..sakit pon sakit lah..untuk sementara je tuh...huhuhu,(nak sedapkan hati yang gelora)
tu lah serba sedikit subjek yang aku rase paling mencabar sem ni, tu tak termasuk minor yang aku ambil..doa lah moga2 aku dapat tempuhi sem ni dengan hati yang kental...hehehe, fikir-fikir tak sabar nak habiskan semester ni..

*PTPTN ni bilalah nak masuk???? :(

Friday, January 8, 2010

TITIPAN KHAS UNTUK COURSEMATE AKU (AT08)

n3 kali ni khas tuk dak2 at08....sowilah kawan2 law aku mengupload gmbr korg kat blog aku ni..saje.. dah lame dah niat nak wat n3 khas tuk coursemate aku ni..akhirnya tertunai gak.. agak susah nak memilih gmbr2 yg aku rse sedap mate memandang.. las sekali yg ini saje lah yg dapt ku uploadkan gmbr2 kat my blog,.... hehe..nak cerita satu2 ke sal korang semua ni...baik lah aku mulakan dengan:
ustaz: atau name sebenarnya nur syamsul irwan..exkmp-ian(tempat aku belajar dulu tp len2 kuliah ngn usatz ni...) knp di panggil ustaz..mungkin gayanya yg alim kot....setuju x kwan2..setuju2222, aku tolong jawab ek...tp alim2 pon...mulut buleh tahan..hahhahaha
k lah setrusnya...
guru dan tiaga: 2 org ini lah wakil kaum india di dalam kelas ku yg majmuk ni..meng-eratkan perpaduan... bak kate najib... 1 MALAYSIA...

seterusnya........
aisyah dan dayah: 2 org yg x leh nak terpisah dek akal fikiran..dari kecik sapa besor cam belangkas..dimana ade dayah distu ade aisyah..dimana ade aisyah disitu ade dayah..asyik belajor tempat yg same je....t dah kawen kot baru lah dyorg ni dpat duk jauh..x berkembang lah korang...hahahaha..mereka ni berasal dari utara(kedah)..org utra rupanya..seb bek bukan utraman..hahahaha
naimah, sue, yeh, mira, fatimah: ni org pantai timur...fatimah-pahang, mira ngn naim -ganu termasuk aku, sue n yeh-org klate...kumpul sek dye abes lah ckap patai timur...naim slamba badak...hahahha,pe korg wat kat dye, dye x kisah..janji hidup dye hepi..sue kepunyaan coin...perasan tinggi drpd aku, tp mmg tinggi dr aku pon tp xleh kalahkan si afni..yeh- kecik molek same cam aifa..hehhe...dulu aku panggil ye p.mas, tp tgk ramai sgt panggil yeh aku panggil lah yeh..atau name lennye ialah yanie... mira, fatimah n aifaa asyik g kelas same2 kot..dyeorg kan kat kawan rapat..xleh sape2 pon yg dpt kalhkn dyorg...
ain,siha aifaa: dyorg pon org utara gak..tp bawah lah dr dayah n aisyah..ain ni org tanjung malim je, tp disebabkan t.malim ni salah 1 tmpt lam negri peark, jadi secara automatik aku isytiharkan ko org utara ye ain...siha ni same negeri ngn ustaz..org pinang..kaya dgn nasik kandar..sapa2 nak beli baju muslimah boleh kontek dye ye..agent segera di upsi..hehehehe. si aifaa ni org perak.. 1 matrik ngn ain, azmi, lynn kot.. x salah aku...comel orgnya..betul x kawan??? semua angguk ni..dah agak dah..sape nak no tepon mintak sendiri ngn tuan dye ye... aku xnak jdi org tengah... gambr sape lah kat atas ni...bajet hensem btol...hahahhaa


lynn: umah paling dekat ngn upsi selain ain..hulu bernam..x samapi brape minit dah smpai dah...org yg paling bz ng biznes..dye lah orgnya..xleh lawan.. t aku rase x jadi cg, tp jd usahawan...t boleh lah aku pnjam duit ngn mu ye...kan jadi org kaye..
azmi: palapes............1 ciri yg ade kat azmi..giler2, ckap merapu..dah ade org pnyer..melepas aku..hehehhe..marah kan makwe dye....
ling: ling ni chinese...sorg2 je wakil kat lam kelas aku... jadi kelas aku ni semua de wakil..pelbagai kaum...org selangor..dulu pon dye belajar kat matrik same ngn aku..kiranya yg amek kos ni di kongke oleh budak2 ex matrik aku dulu, iaitu, dayah, aisyah, ustaz, hairi, bai n aku..hehehe..
yeyye!!!!kami menang..hehehe
dayang, jue, sarni, linda: datangnya dari seberang laut..law nak balik tempah lah tiket awal2 ye..t lambat lah korang balik...dah lah jarang balik..kesian..tp x pe, pepatah de mengatakan, tuntutlah ilmu sampai ke negeri china..cari pengalaman pe salahnya... dayang-sarawak..t balik jgn lupa bawa kuih lagi ye..aku suka..xspecially kek batik..ko wat aku xnak..x sedap...hahaha jue- sabah bah..jge minimart bek2 ye...jgn sampa lari minimart 2... sarni-sabah juga ba....pon jage minimart..bila aku g je mesti tgh duk kira stok kat minimart tu..ni dah ade ciri2 buka kedai runcit ni...konpem aku beli kat mu je sarni...tolong kawan2...sal tapak selipar tu aku diam2kan ye.. linda-ni pon dak sabah..bak bermadah serahlah kat linda..sape rse nak berpuitis silalah perbi ke umah linda untuk menuntut ilmu....
lia, afni, asni: 3 sekawan.....lia n asnie org johor... yg ni tercicir,org pntai timur gak..si afni namenya..dyelah paling tinggi kat kos at08 batch 2008/2009..x de sape yg boleh kalahkan dye..x dapat nak tanding pon..sape yg rse rendah tu jgn lah walking di tepi afni..ye x dayang????hehhe lia- ni mulut byk ni..sesuai jadi cg...sore merdu..merdu ke???sila taip tu t perasan lak minah ni..masuk AF konpem minggu 1st dah kuar, sebab tu aku xnak undi...hahhaaha asnie- org jawa..sape nak belajar g lah jupa si asnie ni..tp aku x taw lah dye ni reti ke x.. x penah test...tp sape yg ade keinginan boleh kot, to sebaik-baiknya cari org lain dulu...

las but not least....
hairi & bai: pasangan kapel kat lam kelas aku....sape yg jadi org tengahnya law bukan aku..ramai yg x taw..betul dok bai????betul kan...aku bagi no hairi kat mu...hehhe..abes rahsia..hahahaha
hairi ni minat dengan cerita hindustand..favorite..serahlah kat dye... bai..tiap2 ary mesti dengan hairi..ni lah pasangan bahgia AT08....
nampaknya ini sahaja lah yg dapat aku ceritakan ttg kawan2 kelas aku ni..lengoh tangan aku ni taw..nak promote korang semua...xpe malam ni ade org blanje aku makan kfc..x sabarnya..hohohohoho
*kepada sesiapa yg aku tertinggal aku mintak maaf, n sape2 yg xde gmbr tu..aku mintak maaf,
itu saje lah ye..bye2.. salam





Thursday, January 7, 2010

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT...

salam kawan2..ni satu lagi artikel yg aku jumpa kat tenet portal 4 muslim.. seperti biasa aku tersinggah kat blog tu sal cari maklumat sak esemen etika...to maklumat tu x jumpa agy yg sesuai..tp pape pon aku tertarik dengan cerita ni..harap korang semua dapat sedikit sebanyak ilmu, yg selama ini kita abaikan...
ni lah al-kisahnya...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

ketidaktahuan

MyEm0.Comaku kepeningan.....

audit2................................................................
wawawawawawawa
pe yg aku tulis ni...
sebenarnya aku bosan...
pk sal audit........
ptg ni de kelas...
aduhai malasnya nak pegi....MyEm0.Com
dah name pon STUDENT..
Maknanya aku kena pegi lah..
camne lah nak ajar org t...
hehehe
k lah bye...MyEm0.Com

Monday, January 4, 2010

RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA



Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.

Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.


Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya

1-Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
2-Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3-Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
4-Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5-Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6-Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
7-Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
8-Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
9-Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
10-Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11-Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
12-Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13-Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau
sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya
penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

*maklumat ni aku terjumpa kat website darulnuman..
sekadar penkongsian....

Saturday, January 2, 2010

si TUKANG KAYU

1ST of all nak ucapkan selamat tahun baru.. baru je seminggu lebih or dah 2 minggu kita menyambut awal muharam..law x salah aku lah..
lama rasenya x update blog ni..maklumlah bukannya tergolong dalam org yg rajin tuk mengupdate selalu blog ni..
sebenarnya tujuan membolgging ary ni..juz nak kongsi 1 cerita..cerita ni aku terjumpa kat website saifulislam.com..
camne leh aku tersinggah kat blog tu??
aku sebenarnya nak cari maklumat esemen aku ttg audit..
ntah tiba2 aku boleh tersinggah kat website tu..
straight 2 da point..
ni lah alkisahnya cerita yg aku nak kongsikn 2.
harap2 semua dapat mengambil moral value of da story...

KISAH SI TUKANG KAYU

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

Tuesday, November 24, 2009

bosan

semenjak duk umah aku duk men game on9 men game on9..
ni lah keje aku...
ujan x henti2..kadg2 tido..tgk tv...
boring2 pon syok gak..lepas beban duk u...
t dah masuk u, dah xde hidup senang lenang cam ni..
membz je sepanjang masa...huhuhu
org kate cter 2012 bes??
ade ke org ckp..
aku menjenguh kat blog org len lah tadi..
dye ckp dah tgk cter 2012..bes je???
cter omputih wat...faham2 je lah camne jalan cternye
mestilah nak cakap yg dye tu hebat...
ape3 je..
tp sekarg tanda2 menghampiri kiamat tu dah banyak yg kiter tgk...
so..bagi sesiapa yg blom sedar tu insaf lah...
taubat lah anda sebelum terlambat...
bila2 saje akan kiamat x semestinya 2012.mybe sblom tu or selepas 2..
ni mak aku cakap..p sblom ni pon aku dah pernah dgr..
ulama2 semakin berkurangan di dunia....adalah petanda yg paling hampir pada hari kiamat selain matahari terbit disebelah barat...
law terbit sebelah barat nak taubat pon dah x guna...
sedarlah wahai umat2 ku sekalian.....

Saturday, November 14, 2009

balik umah

x sabar nak balik umah....

tu je nak gtaw..

ni gambar anak sedare aku yg baru

wan arsyad aizat...

Sunday, November 8, 2009

pagi yang hening...

aku menjeguk diluar bilikku..kabus bertebalan memutih kan pandangan mataku..
ku rase berada di luar negara melihat itu semua..
terasa sejuk sampai kekaki ku..tp ku pelik..kenapa tanganku tidak terasa seperti itu...
kenapa...kenapa.... tidak dapat ku pikir jln penyelesaiannya..(pakai shortpant)
di minda ku hanya ade debit dan kredit..proportion..coc, mi, operating.. bertambah berkurang..
hanya yang berkaitan dengan akaun saje yg berlegar-legar di kepala ku..
kenapa jadi begini...
jawapannya sudah tersedia..
kerana minggu ini adalah minggu exam..
kawan2 ku termasuk aku giat belajar untuk mendapat result yg terbilang..
semoga perjuangan kiter semua direstui dan diberkati oleh Allah S.W.T..
seminggu lebih ku melihat angka2 menari di mindaku..
mencari jalan penyelesaian kenapa kenapa kenapa jadi begitu..
tidak dapat ku memikirkan seorang diri...
kemerengan yg dtang boleh membawa kecelekaan diri
usah dibiarkan diri terseksa...
hargai lah diri anda...
kawan2 byk membantu....
membantu aku mencari jalan penyelesaian..
membimbing aku ke jalan yang betul...
formula-formula bergelimpangan di atas meja dan di dinding(ade ke???)
menunjukkan semangat juang yg tinggi terhadap peperangan yang dihadapi kali ini..
tetapi itu bukan aku..
di meja ku, didinding bilik ku hanyalah kosong..yg ade cuma jadual exam...
tidak sabar menunggu untuk kepulangan..
selama 1 minggu lebih saje lagi aku berada di teratak yang melindungi aku drpd hujan panas..
koleh harun aminurrashid, atau singkatannya KHAR (disebutkan begini ya k-har)
pengurusannya yg x berapa memuaskan aku..
tetapi aku tetap bersyukur...
kerana ada tempat yg sudi menerimaku lagi pade sem yg akan dtg..(sewa x mahal)
bersyukurlah dengan rezeki yg ade...
*ape yg aku mencarut ni.. layan je lah...hehehe,
cukup lah setakat ni saje...
dah lame aku x update blog aku ni..tiba2 je ary ni terasa tergerak aty nak update..
ye lah setiap ary men ngn no je...
x no..tgk muvie...
ape nak jadilah ngn aku ni..
dah lah sekarg musim exam..
sabar je lah wahai hati...(ayt asnie)
ape2 pon wish me luck..
n kawan2...semoga berjaya semuanya..
ni ade kate2 buat tatapan sket....

"Hidup Penuh Dengan Pengorbanann
Pengorbanan Perlukan Perjuangan,
Perjuagan Perlukan Ketabahan,
Ketabahan Perlukan Keyakinan,
Keyakinan Menentukan Kejayaan,
Kejayaan Pula Menentukan Kebahagian"

renung2kan lah dan selamat beramal....
bahagia di dunia dan di akhirat...Amin.