Monday, January 4, 2010

RAHSIA DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA



Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.

Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.


Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya

1-Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
2-Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3-Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
4-Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5-Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6-Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
7-Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
8-Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
9-Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
10-Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11-Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
12-Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13-Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau
sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya
penyakit berjangkit, insya Allah.

Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

*maklumat ni aku terjumpa kat website darulnuman..
sekadar penkongsian....

Saturday, January 2, 2010

si TUKANG KAYU

1ST of all nak ucapkan selamat tahun baru.. baru je seminggu lebih or dah 2 minggu kita menyambut awal muharam..law x salah aku lah..
lama rasenya x update blog ni..maklumlah bukannya tergolong dalam org yg rajin tuk mengupdate selalu blog ni..
sebenarnya tujuan membolgging ary ni..juz nak kongsi 1 cerita..cerita ni aku terjumpa kat website saifulislam.com..
camne leh aku tersinggah kat blog tu??
aku sebenarnya nak cari maklumat esemen aku ttg audit..
ntah tiba2 aku boleh tersinggah kat website tu..
straight 2 da point..
ni lah alkisahnya cerita yg aku nak kongsikn 2.
harap2 semua dapat mengambil moral value of da story...

KISAH SI TUKANG KAYU

“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]

Tuesday, November 24, 2009

bosan

semenjak duk umah aku duk men game on9 men game on9..
ni lah keje aku...
ujan x henti2..kadg2 tido..tgk tv...
boring2 pon syok gak..lepas beban duk u...
t dah masuk u, dah xde hidup senang lenang cam ni..
membz je sepanjang masa...huhuhu
org kate cter 2012 bes??
ade ke org ckp..
aku menjenguh kat blog org len lah tadi..
dye ckp dah tgk cter 2012..bes je???
cter omputih wat...faham2 je lah camne jalan cternye
mestilah nak cakap yg dye tu hebat...
ape3 je..
tp sekarg tanda2 menghampiri kiamat tu dah banyak yg kiter tgk...
so..bagi sesiapa yg blom sedar tu insaf lah...
taubat lah anda sebelum terlambat...
bila2 saje akan kiamat x semestinya 2012.mybe sblom tu or selepas 2..
ni mak aku cakap..p sblom ni pon aku dah pernah dgr..
ulama2 semakin berkurangan di dunia....adalah petanda yg paling hampir pada hari kiamat selain matahari terbit disebelah barat...
law terbit sebelah barat nak taubat pon dah x guna...
sedarlah wahai umat2 ku sekalian.....

Saturday, November 14, 2009

balik umah

x sabar nak balik umah....

tu je nak gtaw..

ni gambar anak sedare aku yg baru

wan arsyad aizat...

Sunday, November 8, 2009

pagi yang hening...

aku menjeguk diluar bilikku..kabus bertebalan memutih kan pandangan mataku..
ku rase berada di luar negara melihat itu semua..
terasa sejuk sampai kekaki ku..tp ku pelik..kenapa tanganku tidak terasa seperti itu...
kenapa...kenapa.... tidak dapat ku pikir jln penyelesaiannya..(pakai shortpant)
di minda ku hanya ade debit dan kredit..proportion..coc, mi, operating.. bertambah berkurang..
hanya yang berkaitan dengan akaun saje yg berlegar-legar di kepala ku..
kenapa jadi begini...
jawapannya sudah tersedia..
kerana minggu ini adalah minggu exam..
kawan2 ku termasuk aku giat belajar untuk mendapat result yg terbilang..
semoga perjuangan kiter semua direstui dan diberkati oleh Allah S.W.T..
seminggu lebih ku melihat angka2 menari di mindaku..
mencari jalan penyelesaian kenapa kenapa kenapa jadi begitu..
tidak dapat ku memikirkan seorang diri...
kemerengan yg dtang boleh membawa kecelekaan diri
usah dibiarkan diri terseksa...
hargai lah diri anda...
kawan2 byk membantu....
membantu aku mencari jalan penyelesaian..
membimbing aku ke jalan yang betul...
formula-formula bergelimpangan di atas meja dan di dinding(ade ke???)
menunjukkan semangat juang yg tinggi terhadap peperangan yang dihadapi kali ini..
tetapi itu bukan aku..
di meja ku, didinding bilik ku hanyalah kosong..yg ade cuma jadual exam...
tidak sabar menunggu untuk kepulangan..
selama 1 minggu lebih saje lagi aku berada di teratak yang melindungi aku drpd hujan panas..
koleh harun aminurrashid, atau singkatannya KHAR (disebutkan begini ya k-har)
pengurusannya yg x berapa memuaskan aku..
tetapi aku tetap bersyukur...
kerana ada tempat yg sudi menerimaku lagi pade sem yg akan dtg..(sewa x mahal)
bersyukurlah dengan rezeki yg ade...
*ape yg aku mencarut ni.. layan je lah...hehehe,
cukup lah setakat ni saje...
dah lame aku x update blog aku ni..tiba2 je ary ni terasa tergerak aty nak update..
ye lah setiap ary men ngn no je...
x no..tgk muvie...
ape nak jadilah ngn aku ni..
dah lah sekarg musim exam..
sabar je lah wahai hati...(ayt asnie)
ape2 pon wish me luck..
n kawan2...semoga berjaya semuanya..
ni ade kate2 buat tatapan sket....

"Hidup Penuh Dengan Pengorbanann
Pengorbanan Perlukan Perjuangan,
Perjuagan Perlukan Ketabahan,
Ketabahan Perlukan Keyakinan,
Keyakinan Menentukan Kejayaan,
Kejayaan Pula Menentukan Kebahagian"

renung2kan lah dan selamat beramal....
bahagia di dunia dan di akhirat...Amin.

Friday, October 9, 2009

parti terkejut

perancang utama
: kroki, kfizal, knasz
mangsa terbuli.:
bain
alkisahnya...begini,
tepat kul 11.55 aku di telefon oleh k fizal suh dtg umah dye..maklumlah hari aku lepak bilik dye..dah jadi kamcing lah ni.dye tepon aku kononnya nak bncg sal produk hpa, yg dye suh aku beli..kononnya..
aku pon pergilah..tp aty ni dah kuat mengatakan ade benda yg nak terjadi ni..
umah dye depan umah aku je...skejap je sampai..
bukak pintu, umah gelap..
so aku terkaku lah kat pintu depan tu...
bukak je terus kena percikan salji buatan kaler kuning...
pergh abes aku...
selepas tu bermula adegan2 yg penuh ngn keseronokan..
xyah cter lah sal ni..
cam korg x pernah wat..huhuhu
tp aku ucapkan terima kasih byk2 buat k roki, kfizal n knasz wat suprise party tuk aku..
tq byk2..sudi wat acara ni w/pon sy masih junior lagi..mklumlah sumer dah tua..aku je yg paling muda..huhuhu.sampai tulis umo aku kat kek tu pon 21..nk suh aku join dyorg cepat2..hiihihi
padahal umo dyaorg dah 22 n 23 dah..aku lah paling muda dr dyorg sebenarnya..huhu
mmg terharu..seb bek x nangis depan dyorg...xpe simpan lam hati je...
xyah gtaw..
tp mmg rase terharu ngn suprise yg dyorg bg ni..
tq byk2 k.roki, kfizal...n knasz..
knasz jauh dtg..umah kat aras bawah..sggup nek kat aras atas nak wat suprise party ni..
papepon syg korang semuanya....
dan juga kawan aku yg len2..
luv u all

Thursday, October 8, 2009

08 0ktober

ape special tarikh ni...
hanya aku yg taw..
huahuahuahua..
lame x blogging...
pas raye x de mood nak menulis...
sapew2 yg menunggu nak bce ntry aku
aku mintak maaf byk2...(tp ade ke yg nak bace blog aku ni))
hari ni hari special...
umo aku dah genap 20 tahun pade pukul 1.20tghari tdi...
dah masuk pon angka 20...
dah besar rupanya aku..
hihhihihi
tp perangai still cam budak2 agy...
tp xpe lah janji kiter hepi..
dalam byk2 mesej yg aku dapat dr kawan aku yg wish besday kat aku..
aku paling suka mesej ni
daripada acik..my fren kat matrikulasi perlis lu..
mesejnya berbunyi macm ini..
"Happy birtday, sayangs!
Alhamdulillah, dah lepas zaman remaja dgn jayanya insyaAllah....Moga seTiap dEtik hidUp my saYangS adlh dgn bziKir, m'iNgati n tAndA bsyukur kpdNYA~! Mmuahx2!"
aku rase sejuk dgr..rase hepi umo aku dah 20thn..hehehe
ape2 pon aku syg semua kawan aku...
i luv u all....

Friday, September 18, 2009

buat kuih raye....

aku sampai umah lam kul 7.30 cam tu lah...
sampai je aku terus tido...sampai lah lam kul 10.30 cam 2..
pas tu aku trun g kat ruang tamu kat bawah..
aku tgk mak aku tgh anyam ketupat nasi..
aku sembang lah ngn mak aku..
pas tu ye gtaw yg kak aku ajak wat kuih rayer kat umah ye..
sbnrnya pagi tadi kak aku yang amek aku kat stesen bas..
tp ayh sedare aku menawarkan diri..
kebetulan sepu2 aku pon sampai pg tadi...
pas tu lam kul 12 tghri..
aku nek moto terus g umah akak aku..
yg mengambil masa lam 20 minit..
pas tu bermula aksi2 aku kat dapur
hehehehe
aku tolong lah pe yang patut aku tolong..
1 jenis akak aku dah siap wat.
tinggal kek je yg blom..
so aku tolong lah akak aku wat kek...
lenggoh tgn aku...
separuh drpd bekas aku n akak aku wat mcm cup cake..
tp gne bekas kertas yg kecik..
tp x jadi...coz kertas kecik sgt...
huhuhuhuu
tp kek ok jadi..kembang elok...
hehehhe
tu lah pengalaman aku kat dapur wat kek tuk raye tahun ini..
sampai umah terus de keje buat..
syok nya balik umah..........

Thursday, September 17, 2009

aku balik hari ini..

tanggal 17/9 pukul 9 malam aku akan balik umah aku kat terengganu
wah syoknya dapat balik raye..
yeye.................
<a href=
so pagi yang indah dan ceria
merupakan masa aku untuk berehat
dan menenangkan diri aku
yg tensen..
satu kepastian selepas raya akan bermula
satu tekanan yang teramat hebat dalam hidup aku..
kerana perlu menyiapkan byk lagi esemen yang tergendala..
huhuhuhu
tu lah...
wat awal2 xnak..
tapi aku x taw lah..
semester ni mmg aku rase tertekan sgt
esemen ntah pape...
aduhai...
papepon....
aku tetap akan balik raya
aku balik malam ni..
tp dah ade kawan aku yg balik awal dari aku lagi..
ni yg wat aku jeles...
xpe bain..sabar...sabar...
sabar tu separuh drpd iman..
huhuhuhu
x aci lah kat dyorg dapat pose kat umah lama2..
aku sekejap je..
sabar bain...sabar bain.....
ok lah
cukup setakat ini n3 kali ini..
skrg nak smbg balik xtvt aku
tuk mendonload cter korea yg terbaru
Take Care of the Young Lady...
lakonan: Yoon Euh Hye, Jung Il Woo, Yoon Sang Hyun

Monday, September 14, 2009

lebaran ini

Mendayu Suara Meniti Angkasa
Alunan Takbir Mengulit Mimpi
Insan Tersenyum Tanda Gembira
lebaran Mulia Menjelma Lagi
Kali Ini
Di Hari Lebaran Mulia Ini
Jangan Pula Membuat Dosa
Begitulah Hakikatnya Hari Raya
Bergembira Tanpa MelupakanNya
Allah Yang Esa
Indah Suasana Dalam Senyuman
Seluruh Alam Turut Raikan
Mengucapkan Syukur Pada Tuhan
Atas Nikmatnya Yang Datang
LimpahanNya
Ikhlaskan Hati Mohon Kemaafan
Leburlah dosa Di Tapak Tangan
Lupakan Segala Silap Dan Salah
Insan Bersatu Membina Ummah

Saturday, September 12, 2009

menjawab tagged

tagg dari kinjuxn......jawab jgn x jawab....lame duk ngadap menda nih..panjg lor...

ABC Ur questions~


A Analogy : sape ek... k zack minimart..kawan aku cakap.aku pon x kenal sape???who????
B Busted on : MLM multi lever marketing..CNI n HPA yg mane bes????
C Cacat : Alhamdulillah...syukur nikmat Allah bagi.
D Drowing on : Drowing pe??? xpaham..kena blajar BI lagi nihh...dah lah aku x expert lam BI ni..hehheh
E Entri yg plg besh dibace :http://kaseh@novella.blogspot.com (bes cter ye..xspecially AITDS bes giler)

F Fool in : Menyanyi..jgn suh aku nyayi..konpem hujan trun..
G Geli sgt nan : Aku geli dengan...dengan.... pe ek????emm.. rambut org lain yg gugur..x ske..benci aku tgk
H Hopeless when : Ade org bagi aku hadiah yg bes2 tym ary jadi aku..huhuhu
I Intim nan : Of cos my fmily, tp x lpe gak ngn kawan2..(GPL).x kra kat upsi or kmp or smtt
J Jisim : dah trun 1Kg..skenya
K Kerusi kegemaran : Kerusi yg selesa tuk tido...uwawawaw..x sakit tengkuk aku..
L Leavin on? Tmpt yg bleh berteduh dr hujan, panas,
M Married : x sabarnya nak dapat anak..(tp xde calon agy lah) hehehehe
N Nerd or noty boy : aku pompuan...
O One thing special bout her : ske dgr aku sembang (k Nasz)
P Praise if : org tu bek ngn aku..sapa wat jahat ngn aku..aku kutuk dye..padan muka..hahahah
Q Qualification in : stkt ni student agy..pas kuar jadi cikgu..(sesuaikah aku????)
R Rusk or rusty? Rusk
S Simple word to promote myself : aku bek???x ske buli org.(usik org ske r...)
T Thery henry or Cr: x kenal pon sape....
U Unity Club : x masuk club...
V Vice versa : ape dye????emm.. ntah..
W Willingness to : nak cepat abes blaja..x sanggup nak wat esemen byk sgt..
X Xfactor : bes ke cter x-factor???
Y Yingyang : tye org cina...yingyang -separuh bek separuh jahat..teori aku sendiri
Z Zigzag : ade game name ni kan..aku luper lah...

Sunday, September 6, 2009

satu pembaziran pada hari ini..

1 hari suntuk x taw pape..
bazir mase aku...
esemen berlambak+midterm.....
tu lah ko malas sgt...

Friday, September 4, 2009

aku berasa bersalah....

hari ni 4 sept adalah besday kawan aku...mmg kamcing...
tp sekrg kitaorg jrg jumpa coz smbg blaja kat u len2...
aku nak wat pengakuan mmg aku terlupa ary ni besday dye..
w/pon dye dah gtaw ary tu tym call aku, cme x spesifik kan je tarikhnya bila...
aku igt sebab kawan aku gtaw aku...
aku mmg lupa...
so aku tlh bohong dye buat pertama kali tuk menjaga hati dye...
aku takut dye semakin sdey law tahu yg aku x igt besday dye..
tp mybe dye mungkin akan lagi sdey law dye tahu dari org len yg aku x igt besday dye...
aku dilema, tp aku ttp pilih tuk bohong dye...
t selepas beberapa hari besday dye..baru aku nak gtaw kebenaran...
jahat kan aku tipu mase pose ni....
aku harap aku dapat di maafkan..
aku skrg dah rase serba salah giler..
dye mmg besfren aku...
aku boleh lupa besday dye..
law kamu terbace my fren(sape berkenaan)...
aku minta maaf ye...
aku harap sgt ko x terasa hati..
aku sedar aku mmg seorg rakan yg jahat...
tlg maafkan aku..
emosinya aku hari ni...

kat bawah ni kisah aku pagi td...

aku sakit perut....
perut ku sakit...
sampai terduduk...
aku x tahan..
bukan sakit nak buang..
tp sakit yg teramat..
aku ingin cepat pulang kolej...
aku x sanggup nak duk lam kelas tu....
sesampai je umah aku kat kolej,
aku terus tido...
lepas tu aku byk sgt k _ _ _ _ t(rahsia)hahahahaha
bukan kuar air liur basi ye...
slepas baru perut aku rase lega...
mybe tu kot sebab aku sakit perut...

selepas tu, aku g jlan depan umah aku..
maklumlah perut dah lega sket...
aku tgk cter nur kasih..
smpai part akhir..
kawan aku call
gtaw sal besday kawan aku tu..
cik...tq byk2 coz gtaw..
law cik x gtaw langsung aku x igt cik...
huhuhu...aku jahat....bleh lupa besfren aku pnyer besday...
hish..hish...hish...
maafkan aku kawan...
sori byk2....
aku salah kah?????